Kempen Solat Subuh Berjemaah dan Program Jelajah
Masjid Berbasikal Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur
TEMPAT
Masjid Politeknik MuadzamShah, Masjid Felda Chini Timur 1,Masjid Felda
Chini Timur 2, Masjid Felda Chini 3, Masjid Felda Chini 4, Masjid Felda Chini
2, Masjid Rkt Salong, Masjid Mambang, Masjid Kg. Temai dan Masjid Sultan Ahmad
Shah Al-Haj, Pekan.
TARIKH
14 Mac
2018(Rabu) hingga 19 Mac 2018 (Isnin)
Kempen Solat Subuh
Berjemaah dan Program Jelajah Masjid Berbasikal Peringkat Negeri Pahang Darul
Makmur yang telah diadakan pada 14 Mac 2018 (Rabu) hingga 19 Mac 2018 (Isnin)
merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM), Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Politeknik Muadzam Shah (PMS). PMS telah diberi kepercayaan selaku tuan
rumah untuk merancang dan melaksana program ini hingga jayanya. Matlamat utama diadakan
program ini adalah untuk membudayakan masyarakat Islam terutamanya generasi
muda pada hari ini dengan mengimarahkan solat Subuh berjemaah di masjid dan
memperteguhkan lagi peranan masjid sebagai pusat kegiatan dakwah Islamiah
dengan menyertai aktiviti-aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan yang
dianjurkan.
Seramai 100 orang
pelajar dari Politeknik Muadzam Shah telah dipilih sebagai peserta Jelajah
Masjid Berbasikal 2018 (JMB’18). Manakala 100 orang lagi yang terdiri daripada
60 orang pelajar perempuan dan 40 orang urus setia program yang telah dilantik
turut menyertai JMB’18 ini. Jumlah keseluruhan peserta JMB’18 adalah seramai
200 orang. Pelbagai program berbentuk dakwah secara santai telah dirangka dan
berjaya dilaksanakan oleh para peserta JMB’18. Antaranya ialah Gotong Royong
Masjid, Klinik Tahsin Surah Al-Fatihah, Khidmat Guaman Syarie Percuma,
Sumbangan Asnaf Bank Rakyat, Program Subuh Warriors dan Forum Santai Tapi
Sampai. Bagi memastikan matlamat dan objektif program ini tercapai, Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) telah bersetuju untuk menjadi penaja
utama program ini sebagai penyumbang dana Asnaf sebanyak RM 110,600.00 kepada
penganjur. Selain itu, program ini turut mendapat penajaan dan sumbangan
daripada Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Syarikat Al-Quds Umrah &
Tours. Penglibatan pihak RTM dan Pahangfm selaku badan penyiaran rasmi telah
berjaya menarik ramai rakyat di negeri Pahang ini khususnya komuniti setempat
untuk menghadiri program yang dianjurkan di setiap lokasi persinggahan JMB’18.
Promosi program ini dilaksanakan melalui temu bual secara langsung di Selamat
Pagi Malaysia (SPM), TV1 dan temu bual secara langsung di Konti Pahangfm. Wakil
penganjur dijemput sebagai tetamu undangan dalam temu bual tersebut. Kemeriahan
program ini dapat dilihat melalui sambutan dan penyertaan masyarakat setempat
sepanjang program JMB’18 berlangsung.
Pihak RTM telah
membuat rakaman dokumentari sepanjang program ini yang akan disiarkan selama 30
minit dalam rancangan Jurnal Bes, TV1 pada 11 April 2018 (Rabu), Jam 7.30 malam
– 8.00 malam. Manakala siaran ulangannya pada 12 April 2018 (Khamis) jam 10.00
pagi di TV 1. Terdapat 10 buah masjid telah dipilih oleh penganjur sebagai
lokasi Kempen Solat Subuh Berjemaah dan Program JMB’18 peringkat Negeri Pahang
Darul Makmur. Masjid-masjid yang terlibat ialah Masjid Politeknik Muadzam Shah,
Masjid Felda Chini Timur 1,Masjid Felda Chini Timur 2, Masjid Felda Chini 3,
Masjid Felda Chini 4, Masjid Felda Chini 2, Masjid Rkt Salong, Masjid Mambang,
Masjid Kg. Temai dan Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan. Pada 14 Mac 2018
(Rabu). Majlis perasmian program ini diserikan dengan upacara penyampaian Sijil
Pengiktirafan Malaysia Book of Records yang disempurnakan oleh KDYMM Pemangku
Raja Pahang kepadaYBhg. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Pengarah Politeknik Muadzam
Shah.